Want your
own Fotopage?






 
::not-another-mummies-photoblog::

By: eridani eridan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Sep-2007 12:29 Email | Share | | Bookmark
Progressing

After 1 month
Tabik spring toing toing
2 + 1 little teddies
View all 6 photos...
My beautiful boy is progressing and doing brilliantly!!!

I treasure every nanosecond with him. Mommy sayang Mica, muahh muahh muahh.

Syau gambo title 'tabik spring' tu mica pakai baju dari aunty ana kasi kan
hehehehehe ensem nya
bila la nak pi umah ko syau
walhal dekat jer
tengok la syau Insya Allah aku akan cari waktu pi melawat
Tue 25-Sep-2007 06:52
Posted by:mama Imran Syahmi
Syau..gambar mica no 2 "tabik spring tu'
baju tu yg aku kasi ker...mcm yer tp tak ingat la
umah dekat jer kita ni
bila la aku nak pi sana
Insya Allah kena cari masa gak pi tgk mica yg ensem ni

p/s: buleh main dgn Imran...hehehehe..
Tue 25-Sep-2007 09:11
Posted by:mama Imran Syahmi
Add comment


Monday, 10-Sep-2007 12:01 Email | Share | | Bookmark
Born Too Soon..

Our preemie baby.. so sad masa ni
First time I saw him, I cried.
Jaundice, a norm to preemies
View all 4 photos...
Wan Mirza was born April 3rd, 2007, 2 months premature, weighted roughly 2 kg. He spent 3 weeks in the Ampang Puteri Specialist Hospital as he struggled to gain strength and grow amidst the challenges of his prematurity..

syauu...keciknyer premature kan.kecik lg dr tapak tgn nurse tuh anyway alhamdulillah semuanya dh selamat.hasbi tua sket dr adek mirza nih.dia lahir 11hb 3 2007.
Thu 13-Sep-2007 02:13
Posted by:pekjah
Add comment


Thursday, 9-Aug-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
Our son

Mica muahh muahh!
Alhamdulillah. He was safely born though he came to the world 7 weeks early. This is our Mica. He is Mommy's frog and Daddy's manja boy.

comelnyer!!!!dah demok2..dah..tembun macam mommy dier jek..huhuhuhu!!! Thu 30-Aug-2007 01:55
Posted by:zulkml  - [Link]
hye! syau (ala2 dak utm la kunun)
finally siap gak fotopages & finally dpt gak ngok gmbar si comel...
feature more to piang tp montel n comel bangat ikut u...comel nyeeee!!!!!
Thu 30-Aug-2007 07:14
Posted by:shes_fida
hi guys! sori banget sbb tak dapat update selalu. nak visit fp pon sangat susah sbb bila launch je kat ofis x boleh masuk.. considered as non-managerial website gitu. nyampah betul aku. anyway, bila sesekali dapat masuk fp korang aku really enjoy. rasa terubat rindu dendam.. Wed 12-Sep-2007 12:00
Posted by:mommy eri  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 21-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Manukan Island

phewwit!
Posing dalam kemabukan
Up, up and..
View all 6 photos...

manukan island adalah pulau kedua terbesar after pulau gaya. location pulau tu pun tak jauh dari kk, kalau dari promenade boleh nampak (iye ke? ntah-ntah yang aku nampak tu pulau lain kot). mula-mula piang plan nak ke gaya island, tapi fully book la pula. tapi sebab manukan island pun ada snorkeling, piang pun ok la.

sampai disana, ada pulak parasailing, so piang terlompat-lompatlah nak try. ok aku kata u naik la sorang-sorang i ambik gambar dari bot je (sebenarnya cuak gila takut parachute tu naik-naik sebab overweight!), pastu sebab tak sampai hati tengok si jack i kata u jump i jump, aku pun redah jelah. hasilnya.. merasa juga aku terbang dengan berat yang berlebihan ni. seronot gila, kalau benda alah tu rm10 je mau aku naik 4-5 kali.

bagi sesiapa yang berpeluang ke mana-mana island atau pantai, jangan lepaskan peluang kalau ada parasailing ni (walaupun berat anda berlebihan!!).



hi syau.. tak sangka lak terjumpa fp syau..
ni kak miEja.. kawan kpd kak umie & kak arrita masa kat utm dulu tu.. ingat lagi ke?
Mon 15-Jan-2007 16:36
Posted by:>>ummi Nurin:mieza  - [Link]
huhuhuhuhhuh dah berada di atas menara rupanya...bila lagi nak jmput naik tower ni??.... sy selalu gak gi tower 1....submit tenders, meetings.... hehehehe ada keje kosong lagi tak? ada gak apply tak silap 2 bulan lepas tp still no news from petronas....

keje kat petronas mana skang? PDB? PCSB? department apa?
Mon 22-Jan-2007 02:52
Posted by:Bard  - [Link]
last week g manukan island gak..tp g ngn member satu department jer..sian sue tak dapat ikut...
syau..mana gambar anak kau ni..dah dekat 2 bulan kan? update la gambarnyer!!
Mon 4-Jun-2007 02:12
Posted by:zulkml  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Monday, 21-Aug-2006 03:42 Email | Share | | Bookmark
Suite 933, Hotel Promenade KK

the welcome drinks. yummie!
the bed. yeah!
the bath tub. wohoo!
View all 6 photos...
kenangan manis antara aku dan dia.. cewahh!!

nanti lah aku cerita panjang ye.

nak lunch dulu.

******

lamanya aku lunch.. dari 21/8/06 sampailah sekarang 21/11/06. ngam-ngam 3 bulan. ngam-ngam jugak aku kawin 4 bulan lepas. aku pun lupa apa yang aku nak ceritakan.. so rasanya kena pegi pekena teh tarik dululah, bagi refresh sket kepala otak.


Selamat Hari Raya Aidilfitri to syau & hubby....Maaf Zahir & Batin..... Fri 20-Oct-2006 03:24
Posted by:Acik  - [Link]
penuh ngan ekspressi... ehehehehhehehhe rindu kat ko Thu 9-Nov-2006 07:21
Posted by:mamafiqah
acik: selamat berpuasa and selamat hari raya. kalau nak tau, tahun ni aku puasa 6 hari je. hari-hari lain tu makan dengan berselera, asyik belasah drive tru' je. jenuh nak ganti nanti
onet: suka bath tub?? kena bagi tau cik mad ni, suruh order 1 kat tanjung.
intan: jangan kata lepas kawin je, lepas beranak pun bole mandi bunga. intan ada kat kl ke skarang ni??
mamabatrisya: bukan bunting pelamin, tapi bunting bulan puasa. ok ke??
zulkml: ada banyak gambar.. tapi sejak 2-3 bulan ni aku macam allergic je dgn fotopages, blog and email. thehehehe
mamafiqah: ekspressi penting. aku pon rindu kat hang fra.
Tue 21-Nov-2006 08:42
Posted by:eridanus
View all 9 comments Add comment


Thursday, 10-Aug-2006 04:20 Email | Share | | Bookmark
Perkahwinan di Dungun

OK. mari kita main teka-teki..
apakah yang dilihat dibelakang itu?
posing siapakah yang ditiru pasangan ini?
View all 6 photos...

entry khas untuk onet dan kawan-kawan.

aku memang minat habis dengan erra-yusry. semasa mereka berkahwin dan gambar perkahwinan mereka pun banyak, tanyalah onet dan budak-budak kemuliaan, majalah mana yang aku tidak beli, yang ada 2-3 keping gambar erra-yusry pun aku beli. sebab itulah aku aku memilih warna pink untuk kenduri di jitra, dan gold untuk kenduri di dungun. dan jangan marah, fesyen baju di dungun pun aku mendapat inspirasi dari mereka. aku tidak peduli dengan saiz aku dan bebulatan muka aku, asalkan aku puas. hasilnya, aku nak tengok gambar sendiri pun nak termuntah.

muahahahaha!

sampai sekarang, aku memang sakit perut bila tengok gambar kahwin sendiri. lagi sakit perut dan pankreas bila ayahMansor suruh pick satu gambar untuk di'12R'kan dan diframekan dan diletakkan di 'hall of fame' di rumahnya..


p.s. sekarang ini aku sudah tidak minat erra.
makin menyampah adalah.
aku suka yusry sahaja..



ayam : bersanding semula dgn org yang sama tau!
onet : amboihh mcm summary plak. suka suka suka!
bukan piang mcm yusry, yusry tu yg mcm piang! muahahaha!!
heroin ko memang betul2 hero!
fra : yusry gay?? frust tol aku. dulu masa suka anuar zain,
org kata gay jugak. tak kisah la. janji hensem kan kan.
meklin : ada ada! tapi dalam videocam later i transfer okeh.
ana : thanks ana, selamat pengantin baru juga.. muahh muahh
acik : makasih acik.. kalo ko datang laaaagi malatop!
Mon 21-Aug-2006 03:40
Posted by:eridanus
congrats kak syau!!! selamat pengantin baru!! anggun berseri gitu!!! Mon 16-Oct-2006 12:21
Posted by:eli  - [Link]
1000 !!! 1000 !!! 1000 !!! Ape yang seribu..??
Jangan lepaskan promosi DURIAN RUNTUH ini!
Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di admindkc@gmail.com
atau 0162149995 ataupun berinteraksi dengan saya di YM. YM id saya adalah nuownz.
Kami akan membantu anda.
Jgn lepaskan peluang anda...kunjungila beramai2 di http://www.duriankahwin.com/
Fri 29-May-2009 03:03
Posted by:Duriankahwin.com admindkc@gmail.com  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Thursday, 10-Aug-2006 03:25 Email | Share | | Bookmark
Perkahwinan di Jitra

selamat pengantin baru 'abang'
jalan-jalan..
..cari makan!
View all 6 photos...

kalau pergi mana-mana kenduri kahwin, yang menjadi tumpuan aku selain lauk pauk, pelamin dan bilik, aku suka sangat tengok pengantin berarak. ada yang jalan perlahan, perlahan sangat sampai pengantin lelaki pun resah-gelisah. ada yang jalan sangat perfect, ala-ala sudah practice gitu. yang laju toksah cakap la, sampai tertinggal rombongan kat belakang.

aku dapat merasa berarak kahwin 2 kali. pertama, semasa di mr*m t*erendak, blok aku (blok I yay!) buat persembahan perkahwinan melayu untuk malam budaya. aku bukan pengantin, tetapi 'keluarga pengantin' sahaja, tapi rasa seronok sangat sebab siap ada kompang dan dapat berarak dari luar dewan sampailah atas pentas. satu lagi semasa basid kahwin, aku dan pakwe sampai ngam-ngam keluarga basid nak berarak, jadi kami pun menyelitlah, dan aku tersengih-sengih sebab meriah sangat dengan kompang dan gendang. ooppss, pakwe pun tersengih-sengih juga, sukalah tu.

walaupun aku suka (suka gila!) berarak, aku tidak pernah memasukkannya didalam wish list wedding aku. apa lagi kompang atau gendang atau silat atau tembakan pistol atau bunga api. tapi semasa hari perkahwinan aku, kawan-kawan ayahDin telah menghadiahkan kumpulan gendang keling (i dont know di tempat lain panggil apa) untuk aku berarak! helloooooo.. gendang keling di utara adalah bunyi ala-ala yang nak panggil ular gitu dengan gendang ala-ala raja zaman dahulu kala hendak besemayam gitu. aku terkejut, tapi sekejap sahaja, lepas aku tersengih-sengih dan seronok. lepas itu aku geram balik sebab tirek, mok inah, ann, uyun, mazshida dan adik uyun jalan tepi-tepi saja. mungkin mereka terkejut dengan bunyi gendang dan serunai panggil ular itu. lepas itu aku gembira balik sebab makan beradab time. nyum nyum.

lepas ini, kalau orang tanya mahu berarak lagi tak dengan gendang keling? sudah tentu aku mahu. mungkin anniversary ke-5 atau ke-10 nanti. thehihihihihi...


syau..congrats on ur wedding..sorila x dpt attend kenduri hang..haritu aku baru sampai kgr fm kb..anyway, congrats again!! Wed 23-Aug-2006 09:55
Posted by:Harni Safarina  - [Link]
syau. congrate.. rasa menyesal pulak tak gi wedding ko..mesti gempak ala2 yusri and erra gitu. Tue 29-Aug-2006 03:15
Posted by:mama batrisyia
awak..sorry just nak tanya...ok ke make up kat nurrich??? Mon 11-Jun-2007 03:13
Posted by:ain comey_lotey@yahoo.com
View all 11 comments Add comment


Wednesday, 9-Aug-2006 02:25 Email | Share | | Bookmark
LOTR

Cincin Nikah and Cincin Tunang
as per intan's request..

intan, koyak separuh je sebab beli masa sale. 50% sale!

p.s. dah delete! thehihihi...
Thu 10-Aug-2006 01:19
Posted by:eridanus
50% off? hang memang bijak berbelanja... mesti piang sayang. selamat poket dia 50%. Thu 10-Aug-2006 06:12
Posted by:kak long  - [Link]
ah, kak long lagi. salah aje. tak yah delete dah lar... hehehh... Thu 10-Aug-2006 06:13
Posted by:Intan  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 5-Aug-2006 02:15 Email | Share | | Bookmark
Aku Terima Nikahnya..

wanginya tangan suami
suami isteri
makKu, akak and munirah
View all 6 photos...

akad nikah di masjid al-a'la, jitra. ada cerita sedih disebalik pernikahan kami. semasa permohonan nikah dibuat, tok kadhi yang menguruskan adalah tuan hj. syed, imam besar jitra. seminggu sebelum pakwe bersalam dengannya, tuan hj. syed telah meninggal dunia setelah seminggu terlantar kerana dilanggar motosikal. akhirnya, ayahDin terpaksa mencari tok kadhi mukim lain untuk menikahkan kami. al-fatihah untuk allahyarham tuan hj. syed, seorang imam yang sangat masyhur di jitra.

semasa hari nikah, dapat juga aku merasa lilitan maut selendang yang diandam cik dura, sampai kat masjid pun sempat lagi alter. aku juga dapat memakai gelang mutiara yang dihadiahkan tirek, brooch mutiara yang makKu malu nak pakai, dan pakwe memakai butang baju melayu mutiara yang aku hadiahkan dulu-dulu. dan yang paling terharu, pakwe menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum bernikah. lagi satu terharu makKu, akak, abang ipar, anak-anak menakan, tokwanKu pun turut hadir.

aku beria membawa tisu, kalau-kalau aku menangis, tapi ketika ayahDin bertanya,

sy**lawati, ayah nak nikahkan kau dengan wan suffian ni, macam mana? sudi ka?

apa aku nak jawab?? takkanlah nak cakap aku tak mahu, jadi aku dengan lurus bendul pun jawab (sambil tersengih-sengih tak malu)

mauuu. mestilah mauu.

hmmmp. patutlah ayahDin dan makKu tersengih-sengih balik, boleh tahan miang budak ini. sepanjang akad nikah itu, aku sentiasa tersengih-sengih, kadang tertanya-tanya, sudah sah ke belum? sudah sah ke belum? sebab lafaz akad nikah yang dibuat ala-ala bisik-bisik itu hanya didengar wali aku, saksi-saksi aku, tok kadhi aku dan suami aku. ketika orang lain sibuk mengangkat tangan membaca doa, aku masih lagi tertanya kiri kanan sudah sah ke belum? sudah sah ke belum? hhmmp. habis tu bila nak menangis??

p.s. frust gila sebab tiada gambar dengan cik dura...


ida: nampak kurus??? ya allah ida.. ko lah kawan aku dunia dan akhirat!
cik dura: cayalah! aku pon menunggu pics dari asmadyahmad [at] studioaston..
Wed 9-Aug-2006 02:32
Posted by:eridanus
syau... tahniah!!!!!!!!!!!!! ehehhehe...
comey... comey........ !!!!
sorry tak dapat gi majlis korang.... semoga bahagia ke akhir hayat... insyaallah........
Thu 10-Aug-2006 23:52
Posted by:lelo
lelo : timakasey lelo, nanti turn awok pulok. hiihihii. nanti kalo jumpa abang honda hitam nak tanya direct dgn dia lah. cewwah mcm berani je.. Fri 11-Aug-2006 05:35
Posted by:eridanus
View all 6 comments Add comment


Friday, 4-Aug-2006 04:02 Email | Share | | Bookmark
4 jam 40 minit

bakal mak mertua sarung cincin
kanak-kanak riang
macam mana nak posing bagi nampak kurus??
View all 6 photos...

semasa peringkat perbincangan, upacara pertunangan aku hampir-hampir diluputkan. semua ini gara-gara campur tangan tuk huduh dan tokwan kerana mahu memudahkan semua pihak. kata mereka, terus bernikah sahajalah alang-alang nak bertunang hari yang sama.

aku berkeras untuk teruskan (yea aku dengan ke'cucu-brutalan' aku dalam keluarga besar tokwan), sekali seumur hidup beb.. makKu pun OK (yea mak dengan ke'menantu-brutalan'nya dalam keluarga besar tokwan) teringin tengok aku bertunang. untuk menjaga hati tuk huduh dan tokwan, hantaran bertunang dibatalkan tetapi upacara bertunang diteruskan. jadi dapatlah aku merasa jadi tunangan orang selama 4 jam 40 minit dan memakai dokoh dan gelang kaki besar dan pelamin bersila yang ada bunga melur bergantungan dan ohh ohh dapat cincin seketul which i like very mampus punya much!

mana tak like very mampuss punya much.. aku sendiri yang pilih cincin tu - muahahahahahah!!

intannnn.. sori ada technical prob! biasa la amatur kannn Fri 4-Aug-2006 06:14
Posted by:eridanus
aha... dah start mai dah gambaq. suka, yeah!

mula-mula tak faham juga apa faedah nak bertunang, kalau kejap laginya dah nak kawin... tp lepas baca penjelasan tu baru aku faham. yes, dapat merasa pakai dokoh dan gelang kaki, dapat duduk atas pelamin bersila dan dapat cincin, membuatkan berfaedah sungguh bertunang wpun sekejap! hehehehheh...

tp, mana gambar cincin yg kau suka tuh?

(banyak songeh bebenor la dak Intan nih )
Fri 4-Aug-2006 09:37
Posted by:Intan  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.